Tuesday 27 September 2011

26 - 27 SEPT 2011 KEM LINUS SIRI 2/2011 : PROGRAM KHIDMAT BANTU PEMULIHAN KHAS UNTUK MURID LINUS TEGAR DAERAH KLANG

Bertempat di SJKC Soo Jin, Unit Linus di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah mengadakan Kem LINUS bagi membantu murid-murid Linus Tegar bagi sekolah-sekolah daerah Klang. Beberapa orang guru dipanggil sebagai fasilator termasuklah JU Pendidikan Khas dan guru-guru Linus. Program ini adalah usaha Unit Linus yang terdiri daripada FasiLINUS yang diketuai En. Sulhisham, En. Fathmain, En. Kashfi, Cik Zamiah dan beberapa fasiLINUS yang lain. Program ini juga berjaya mengumpul murid-murid dalam usaha meningkatkan celik literasi dan numerasi melalui beberapa aktiviti yang dijalankan dalam masa dua hari. Pada masa yang sama, ibu bapa juga turut diberi taklimat khas bagi menyedarkan kepentingan program LINUS ini. Guru-guru pengiring yang hadir bersama murid pula, bukan sahaja dapat melihat pengajaran yang berkesan melalui aktiviti yang dijalankan oleh fasilinus tetapi juga diberi taklimat ringkas berkenaan perjalanan program Pemulihan Khas - LINUS, serta diberi Motivasi Berkesan daripada Pn. Rosmimah bt Embi berkenaan pengalaman beliau mengajar murid-murid Pemulihan Khas. Berikut sekitar perjalanan Kem LINUS sepanjang dua hari berlangsung.

Sesi induksi - Tarian Chicken Dance

Sesi suai kenal di dalam kumpulan
Sesi 1 - Uji Minda 1 - memperkenalkan angka
Aktiviti - Permainan Kotak Beracun
Uji Minda 2 - melihat prestasi murid setelah aktiviti dijalankan
Aktiviti Permainan - Putar, Kira, Suai dan Tampal
Bahan-bahan yang digunakan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Carta bagi aktiviti menyusun huruf dan perkataan