Seperti yang dijanjikan kepada yang berjaya melepasi ujian pelepasan yang lalu, pada hari ini, murid-murid telah dibawa mandi ke kolam renang di Apartment Perdana Villa. Walaupun seorang sahaja murid yang melepasi dengan cemerlang (Adik Azin b. Daud), tetapi dia mendapat imuniti membawa 4 orang lagi rakan yang lain iaitu Junzainuddin, Amrey, Sukri dan Roosen. Jam 1100pg,murid diberi peluang mandi di kolam kanak-kanak yang terdapat air pancuran dan gelongsor selama satu jam. Kemudian, guru membawa murid menikmati hidangan makan tengah hari di KFC Taman Sentosa. Sebaik makan, murid di bawa bersiar-siar sekitar Shah Alam dan berhenti rehat di Taman Tasik Shah Alam, pada masa yang sama, murid dapat bermain bermainan di taman permainan yang terdapat di situ. Sebelum kembali untuk mandi di kolam renang, murid membeli buah tangan untuk di bawa pulang di pasar raya berdekatan. Kali kedua murid mandi di kolam,mereka menghabiskan masa satu jam ,kemudian pada jam 430ptg,barulah mereka di bawa pulang. Di harap, dengan ganjaran dan penghargaan yang diberikan oleh guru ini sekurangnya dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada murid untuk belajar dengan lebih baik di masa akan datang.
|
Adik Sukri, Azin, Junzainuddin, Amrey dan Roosen berada di puncak gelonsoran |
|
Seronok menuruni gelongsor air |
|
Riang gembira di dalam kolam |
|
Setelah penat berenang, murid di jamu dengan hidangan makan KFC |
|
Aksi-aksi lapar perut semuanya..ada yang minta nasi.. |
|
Murid menikmati jeli di Taman Tasik Shah Alam |
|
Bertolak pulang setelah penat seharian berjalan.... |