Friday 25 November 2011

24 NOVEMBER 2011 - SUMBANGAN ANAK PATUNG OLEH GPK HEM

Menceriakan lagi Kelas Pemulihan PERMATA, Pn. Natasha Hj Mohamed selaku GPK HEM telah menyumbangkan empat buah anak patung - teddy bear,elmo, spongebob dan chicken little. Sumbangan ini antara lain dapat menarik minat murid dalam pembelajaran di mana guru boleh menggunakan bahan tersebut sebagai boneka semasa sesi pengajaran. Pada masa yang sama juga, murid-murid dapat membina daya imaginasi semasa bermainan dengan anak patung yang ada. Terima kasih diucapkan,diharapkan dapat meningkat lagi keseronokan pembelajaran dan pengajaran di kelas ini nanti.
Dari kiri, beruang teddy, Spongebob, Elmo dan Chicken Little
Bersedia untuk belajar bersama kawan-kawan

Kecil-kecil cili api,yang pasti,belajar mesti menjadi

24 NOVEMBER 2011 - CUTI-CUTI DI PERMATA

Sempena cuti sekolah yang telah tiba, Guru Pemulihan Permata telah menganjurkan program jalan-jalan bersama kawan-kawan yang melibatkan murid-murid Permata yang berkemampuan. Kali ini, murid dibawa ke pusat rekreasi air, Wet World Shah Alam yang terletak di Taman Tasik Shah Alam. Bersama Cikgu Yusri dan keluarga, empat orang murid yang turut serta adalah Adik Roosen, Adik Sukri, Adik Amrey dan Adik Junzainuddin. Selama dua jam murid menikmati keriangan bermain air, selepas itu murid dibawa melihat ikan di Akuarium yang terletak di sebelah Wet World. Murid menikmati makan tengah hari di Taman Tasik Shah Alam dengan hidangan mi goreng dan air goreng sebelum pulang. Pada masa yang sama, murid diberi buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Apakah aktiviti seterusnya nanti? Tunggu..kami ada untuk murid-murid Permata pada masa akan datang..
Dari kiri - Adik Roosen, Adik Sukri, Adik Amrey dan Adik Junzainuddin
Murid-murid bergambar di hadapan Pusat Rekreasi Air Wet World Shah Alam
Macam-macam gaya ada, murid berada di Akuarium

Tuesday 22 November 2011

18 NOVEMBER 2011 - PENERIMAAN KIT PEMBELAJARAN & PENGAJARAN LINUS

Bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) program LINUS, pihak PPD Klang telah menyerahkan dua kit P&P bagi pengajaran numerasi dan literasi kepada sekolah-sekolah rendah daerah Klang termasuklah SK (A) Bukit Kemandol. Kit P&P bagi numerasi mengandungi kad-kad nombor serta blok magnetik dan carta angka/bilangan 1-10. Manakala kit P&P bagi literasi pula mengandungi kad abjad, blok magnetik dan puzzle abjad beserta carta tubuh badan manusia. Pihak sekolah dan pengurusan Kelas Pemulihan Permata di bawah Program LINUS - Pemulihan Khas mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan kit P&P ini dan diharap dapat meningkatkan mutu P&P serta tahap kefahaman murid di masa akan datang. 

Kit P&P Linus Literasi & numerasi
Bahan-bahan yang terkandung di dalam kit P&P LINUS
Puzzle abjad
Kad huruf dan angka, blok magnetik antara bahan yang terkandung di dalam kit P&P
Papan putih magnetik turut diberikan

Saturday 19 November 2011

19 NOV 2011 - GANJARAN KEPADA YANG BERJAYA YANG LAIN TURUT MERASA

Seperti yang dijanjikan kepada yang berjaya melepasi ujian pelepasan yang lalu, pada hari ini, murid-murid telah dibawa mandi ke kolam renang di Apartment Perdana Villa. Walaupun seorang sahaja murid yang melepasi dengan cemerlang (Adik Azin b. Daud), tetapi dia mendapat imuniti membawa 4 orang lagi rakan yang lain iaitu Junzainuddin, Amrey, Sukri dan Roosen.  Jam 1100pg,murid diberi peluang mandi di kolam kanak-kanak yang terdapat air pancuran dan gelongsor selama satu jam. Kemudian, guru membawa murid menikmati hidangan makan tengah hari di KFC Taman Sentosa. Sebaik makan, murid di bawa bersiar-siar sekitar Shah Alam dan berhenti rehat di Taman Tasik Shah Alam, pada masa yang sama, murid dapat bermain bermainan di taman permainan yang terdapat di situ. Sebelum kembali untuk mandi di kolam renang, murid membeli buah tangan untuk di bawa pulang di pasar raya berdekatan. Kali kedua murid mandi di kolam,mereka menghabiskan masa satu jam ,kemudian pada jam 430ptg,barulah mereka di bawa pulang. Di harap, dengan ganjaran dan penghargaan yang diberikan oleh guru ini sekurangnya dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada murid untuk belajar dengan lebih baik di masa akan datang. 
Adik Sukri, Azin, Junzainuddin, Amrey dan Roosen berada di puncak gelonsoran

Seronok menuruni gelongsor air
Riang gembira di dalam kolam
Setelah penat berenang, murid di jamu dengan hidangan makan KFC
Aksi-aksi lapar perut semuanya..ada yang minta nasi..
Murid menikmati jeli di Taman Tasik Shah Alam
Bertolak pulang setelah penat seharian berjalan....

Friday 18 November 2011

17 NOV 2011 - TOKOH 'ZERO TO HERO' MURID PERMATA PADA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2011

Penilaian murid pemulihan khas adalah berdasarkan ujian pelepasan yang diadakan tiga kali dalam setahun iaitu dalam bulan Jan, Jun dan Oktober. Berdasarkan prestasi yang berterusan dan berkekalan, Adik Azin b Daud sekali lagi dipilih sebagai penerima anugerah 'Zero to Hero' semasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2011. Anugerah ini antara lain mengiktiraf pencapaian murid pemulihan khas yang lulus cemerlang di dalam Ujian Pelepasan pada bulan Oktober yang lalu. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan dan kecemerlangan Adik Azin dan kawan-kawan yang lain berkekalan.
Adik Azin menerima cenderama daripada En. Noriffin, Pegawai PPD Klang diiringi Tn. Guru Besar

KEPUTUSAN SARINGAN LINUS & UJIAN PELEPASAN PEMULIHAN KHAS OKTOBER 2011

18 November 2011 merupakan tarikh akhir pengisian data LINUS ke portal NKRA-LINUS bagi Saringan 6 (Tahun 2) dan Saringan 3 (Tahun 1). Manakala pada 31 Dis 2011 yang lalu, data lengkap pemulihan khas tahun 3 telah dihantar ke JPN Selangor dan PPD Klang. Berikut adalah analisa pencapaian murid bagi program LINUS dan Pemulihan Khas bagi sesi berakhir Oktober 2011.

TAHUN LITERASI NUMERASI
PERDANA LINUS TEGAR PERDANA LINUS TEGAR
TAHUN 1 9 7 7 8 13 2
TAHUN 2 5 7 1 9 4 0

PENCAPAIAN MURID PROGRAM LINUS

KOHOT 1 (TAHUN 2/2011) - LITERASI
KOHOT 1 (TAHUN 2/2011) - NUMERASI
KOHOT 2 (TAHUN 1/2011) - LITERASI

KOHOT 2 (TAHUN1/20110 - NUMERASI

PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHUN 3

KELAS IPP2M -BAHASA MELAYU IMA2 MODE 3 -MATEMATIK
LULUS GAGAL LULUS GAGAL
TAHUN 3 4 8 1 11



Saturday 22 October 2011

OKTOBER - SARINGAN LISAN LITERASI & NUMERASI MURID TAHUN 1 & 2 DAN UJIAN PELEPASAN KE-3 MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 3

Bermula 02 Oktober 2011, Insturmen Saringan Lisan bagi Literasi dan Numerasi telah diterima oleh pihak sekolah. Saringan ini termasuklah Saringan 3 bagi murid Tahun 1 dan Saringan 6 bagi murid Tahun 2. Dalam bulan ini juga, Ujian Pelepasan bagi murid Pemulihan Khas Tahun 3 turut dijalankan bagi kemasukan data berakhir 31 Oktober 2011. Bahan Ujian Pelepasan boleh didapati pada laman berikut IPP2M -http://www.scribd.com/doc/69936108/IPP2M-Pemurnian-2011-Bahan-Guru, Matematik - http://www.scribd.com/doc/69935891/Mathematics-Screening-Test-3-Jpn. Berikut adalah bilangan murid yang terlibat dengan saringan ini.

MURID
LITERASI
NUMERASI
TEGAR
LINUS
TEGAR
LINUS
TAHUN 1
10
8
3
13
TAHUN 2
1
7
1
3

Instrumen Penentu Membaca & Menulis (IPP2M)
Mathematics Screening Test 3
TAHUN 3
12
12


Adik Denny Wan Zamri melihat kad gambar yang ditunjukkan

Adik Nor Hassikin membaca perkataan dalam ujian lisan
Adik Danial cuba menyusun perkataan menjadi ayat bermakna

8 orang murid menduduki ujian pelepasan

Calon Harapan, Adik Azin menjawab soalan pemahaman

Sunday 9 October 2011

05 OKTOBER 2011 - VERIFIKASI DATA OLEH PIHAK DOILETTE KEM. PELAJARAN MALAYSIA BAGI PROGRAM LINUS

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Syarikat Doilette telah mengadakan verifikasi data linus bagi mengukur penguasaan pencapaian murid perdana di SK (A) Bukit Kemandol. Antara capaian yang dilakukan adalah pemeriksaan dan kutipan maklumat berdasarkan dokumen-dokumen (failing system), pemeriksaan sistem data pencapaian murid sepertimana yang terdapat di dalam portal LINUS KPM, pengukuran tahap pencapaian murid melalui sesi 'tanya jawab' yang melibatkan 20 orang murid perdana dan linus. Sesi terakhir lawatan adalah temubual bersama guru yang terlibat dengan program linus serta pentadbir. Turut hadir pada pada hari tersebut adalah pegawai-pegawai Unit LINUS PPD Klang iaitu En. Sulhisyam, En. Kahsfi dan Cik Siti. Pihak sekolah mengharapkan ada penambahbaikan daripada dapatan yang diperolehi dan dapat membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid linus sekolah ini. 
Adik Sharul Nizam diminta membaca perkataan yang ditunjukkan
Adik Sorimah menyelesaikan soalan matematik
Perbincangan bersama guru-guru linus, pegawai-pegawai PPD Klang dan pihat Doilette.

Tuesday 27 September 2011

26 - 27 SEPT 2011 KEM LINUS SIRI 2/2011 : PROGRAM KHIDMAT BANTU PEMULIHAN KHAS UNTUK MURID LINUS TEGAR DAERAH KLANG

Bertempat di SJKC Soo Jin, Unit Linus di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah mengadakan Kem LINUS bagi membantu murid-murid Linus Tegar bagi sekolah-sekolah daerah Klang. Beberapa orang guru dipanggil sebagai fasilator termasuklah JU Pendidikan Khas dan guru-guru Linus. Program ini adalah usaha Unit Linus yang terdiri daripada FasiLINUS yang diketuai En. Sulhisham, En. Fathmain, En. Kashfi, Cik Zamiah dan beberapa fasiLINUS yang lain. Program ini juga berjaya mengumpul murid-murid dalam usaha meningkatkan celik literasi dan numerasi melalui beberapa aktiviti yang dijalankan dalam masa dua hari. Pada masa yang sama, ibu bapa juga turut diberi taklimat khas bagi menyedarkan kepentingan program LINUS ini. Guru-guru pengiring yang hadir bersama murid pula, bukan sahaja dapat melihat pengajaran yang berkesan melalui aktiviti yang dijalankan oleh fasilinus tetapi juga diberi taklimat ringkas berkenaan perjalanan program Pemulihan Khas - LINUS, serta diberi Motivasi Berkesan daripada Pn. Rosmimah bt Embi berkenaan pengalaman beliau mengajar murid-murid Pemulihan Khas. Berikut sekitar perjalanan Kem LINUS sepanjang dua hari berlangsung.

Sesi induksi - Tarian Chicken Dance

Sesi suai kenal di dalam kumpulan
Sesi 1 - Uji Minda 1 - memperkenalkan angka
Aktiviti - Permainan Kotak Beracun
Uji Minda 2 - melihat prestasi murid setelah aktiviti dijalankan
Aktiviti Permainan - Putar, Kira, Suai dan Tampal
Bahan-bahan yang digunakan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Carta bagi aktiviti menyusun huruf dan perkataan


Saturday 27 August 2011

25 OGOS 2011 - SEMARAKKAN MERDEKA RAYA DI PERMATA

Bersempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba disertai sambutan Hari Raya yang berkongsi tarikh, Kelas Pemulihan PERMATA telah menjalankan sesi PnP dengan membina dan mewarnakan poster SALAM MERDEKA RAYA bagi murid Tahun 1, 2 dan 3. Penggunaan medium blok-blok huruf dan gambar-gambar seperti Jalur Gemilang, kanak-kanak memakai baju raya, ketupat dan masjid dijadikan bahan bagi membina poster. Daya kreativiti murid diaplikasikan bagi menyusun atur poster yang dibuat. Poster yang paling menarik akan dihias di pintu utama kelas. Tahniah kepada murid-murid yang dapat menghasilkan poster yang terbaik. Di kesempatan ini juga, Kelas Pemulihan PERMATA mengucapkan Salam Merdeka Raya 2011!
Murid Tahun 1 mewarnakan lakaran yang diberikan
Murid membuat lakaran menggunakan blog huruf
Hasil kerja murid kumpulan 1
Hasil kerja murid kumpulan 2
Hasil kumpulan murid kumpulan 3
Hasil kumpulan 4


Sunday 7 August 2011

PRESTASI MURID LINUS SARINGAN 5 (TAHUN 2) & SARINGAN 2 (TAHUN 1)

Saringan 2 (Tahun 1) dan Saringan 5 (Tahun  2) baru sahaja berakhir dan dapatan data menunjukkan beberapa perubahan yang memberangsangkan terutamanya bagi murid Tahun 1. Berikut merupakan carta yang menunjukkan pencapaian murid terhadap saringan yang telah dijalankan baru-baru ini.
PENCAPAIAN MURID TAHUN 2 - LITERASI

PENCAPAIAN MURID TAHUN 2 - NUMERASI
PENCAPAIAN MURID TAHUN 1 - LITERASI
PENCAPAIAN MURID TAHUN 1 - NUMERASI