Wednesday 22 June 2011

20 - 25 JUN 2011 - UJIAN PELEPASAN KE-2 IPP2M, IMA2 MODE 1 (TAHUN 3) & SARINGAN 2 (TAHUN 1) SERTA SARINGAN 5 (TAHUN 2)

Ujian Pelepasan ke 2 Pemulihan Khas Tahun 3 bagi bulan Jun 2011 telah dijalankan secara berperingkat. Ujian Pelepasan bagi Bahasa Melayu menggunakan instrumen IPP2M yang terkini (boleh didownload di 
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=368:instrumen-penentu-penguasaan-2m&catid=59:spks&Itemid=129),manakala bagi model Ujian Pelepasan Matematik pula menggunakan instrumen IMA2 Mode 1 yang lama. Manakala bagi Program LINUS pula,saringan lisan bermula pada 20 hingga 21 Jun 2011 melibatkan murid tahun 1 dan Tahun 2.

Adik Kenny menunjukkan jawapan dengan betul
Cikgu Baizura bertanyakan soalan pada murid Tahun 2, Adik Norhafiza

Murid tekun menjawab soalan dengan teliti

Adik Nizam membina ayat dari perkataan yang diberi.

Adik Azin cuba memahami soalan

Thursday 2 June 2011

PENYELIAAN PEGAWAI PPD KLANG BAGI PROGRAM LINUS

24 Mei 2011, pihak sekolah menerima lawatan dan penyeliaan enam orang pegawai LINUS PPD Klang bagi mendekati murid LINUS sekolah yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi. Lawatan yang diketuai oleh En. Sulhisham ini antara lain terus mendekati dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal bertujuan melihat keupayaan dan kebolehan murid. Pihak sekolah mengalukan usaha-usaha yang dijalankan oleh Unit LINUS PPD Klang dan mengharapkan agar program begini dijalankan secara berterusan dalam membantu murid LINUS di sekolah ini. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh kunjungi kami lagi. Berikut gambaran sekitar lawatan yang dijalankan di Kelas Pemulihan PERMATA SK (A) Bukit Kemandol.
Murid-murid LINUS Permata berkumpul mendengar pertanyaan FasiLINUS

Pegawai FasiLINUS bersama murid LINUS Permata

Melihat murid LINUS Permata menulis

En. Sulhisham bertanya kepada murid LINUS Permata

Soalan diberikan bagi melihat pemahaman murid LINUS

Cik Zamian tersenyum melihat keletah murid LINUS menjawab soalan

Wednesday 1 June 2011

Di sini bermula...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke laman blog Kelas Pemulihan PERMATA SK (A) Bukit Kemandol, Klang. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan tahap kemahiran celik 3M (membaca, menulis dan mengira) melalui Program Pemulihan Khas dan Program LINUS, pihak sekolah telah menerima peruntukan bagi menaik taraf kelas pemulihan serta menerima guru yang terlatih di dalam bidang Pemulihan Khas. Bagi tahun 2011, Kelas Pemulihan PERMATA menerima 13 orang murid tahun 3 dan 4 orang murid Linus Tegar Tahun 2 bagi sesi penggal pertama persekolahan. Bagi sesi penggal kedua, PERMATA akan menerima murid LINUS Tegar Tahun 1 seramai  10 orang. Usaha-usaha bagi meningkatkan tahap celik 3M dijalankan secara berterusan bukan sahaja melalui Program Pemulihan Khas dan Program LINUS sahaja,tetapi pihak sekolah turut menjalankan Ops Celik bagi meningkatkan tahap penguasaan murid di sekolah ini. Akhir kata, sama-sama lah kita meningkatkan pencapaian pendidikan anak-anak murid kita demi kejayaan bangsa dan negara.

Ikhlas, Cikgu Kamil