PENGENALAN

Kelas PERMATA SK (A) Bukit Kemandol adalah sebuah Kelas Pemulihan Khas yang menempatkan murid-murid tahap 1 yang belum menguasai asas kemahiran 3 M iaitu Menulis, Membaca & Mengira melalui Program Pemulihan Khas dan juga Program LINUS.  Bertemakan konsep Mesra Bersama, Ceria Suasana & Gembira Sentiasa menjadikan kelas PERMATA suatu tempat yang sentiasa menarik minat murid-murid. 'Mesra bersama' menggambarkan hubungan diantara guru dengan murid dan murid dengan murid yang sentiasa mesra dan rapat. Manakala 'ceria suasana' menggambar keadaan kelas yang penuh dengan gambaran pada dinding yang ceria dan bermaklumat serta carta-carta yang membantu murid untuk belajar secara sendiri. Ceria juga menggambarkan sesi P&P yang sentiasa segar dan menarik minat murid. Kemersraan dan keceriaan telah mewujudkan keadaan yang meng'Gembirakan sentiasa' di Kelas PERMATA. Murid diberi tunjuk ajar secara berterusan sehinggalah mencapai tahap yang boleh dibanggakan.
Kelas PERMATA telah dinaiktaraf dengan kemudahan penghawa dingin, kerusi dan meja, rak, komputer riba, LCD, mesin pencetak, televisyen, radio dan lain-lain kemudahan bagi kegunaan sesi P&P yang lebih selesa dan menarik. Pada masa yang sama, melalui daya kreativiti guru yang menguruskan kelas PERMATA, usaha menceriakan dengan lukisan dinding dan juga carta-carta serta permainan dilakukan bagi menarik minat murid untuk berada di dalam kelas ini. 

Pada tahun ini, Kelas PERMATA menerima 48 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 1 (20 orang), murid tahun 2 (13 orang), murid Tahun 3 (8 orang) dan murid Tahun 4 (7 orang). yang terdiri daripada murid bagi Program LINUS. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, penggunaan sepenuhnya LCD di dalam sesi pengajaran, teknik didik hibur, permainan dan juga penerapan konsep lukis, warna, gunting dan tampal di dalam lembaran kerja yang diberikan. Kemudahan dan kepelbagaian P&P sentiasa diaplikasikan supaya murid tidak mudah bosan dan sentiasa bersedia untuk belajar. Inilah PERMATA SK (A) Bukit Kemandol! Selamat Datang kami ucapkan!