Tuesday 26 July 2011

27 JULAI 2011 - ANUGERAH MURID 'ZERO 2 HERO' PEMULIHAN KHAS

Ujian Pelepasan bagi murid Pemulihan Khas telah dijalankan pada bulan Jun yang lalu dan seorang murid telah dikenalpasti melepasi skor Ujian Pelepasan. Bagi menghargai murid tersebut, satu acara ringkas telah dijalankan pada perhimpunan pagi bagi penyampaikan hadiah. Cikgu Zuhaili mengiringi Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada Adik Azin b. Daud di atas kecemerlangan semasa di Kelas Pemulihan Permata. Adik Azin juga merupakan seorang ketua kelas dan seorang yang cepat menerima pembelajaran yang telah di ajarkan oleh guru. Tahniah diucapkan.
Cikgu Zuhaili mengiringi Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Adik Azin b. Daud

Monday 25 July 2011

22 Julai 2011 - Penerimaan Bahan Bantu Mengajar - Papan Putih Mini

Unit LINUS di bawah PPD Klang telah mengedarkan Papan Putih Mini sebanyak 30 buah kepada SK (A) Bukit Kemandol bagi meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran di kalang murid LINUS. Papan putih mini ini antara lain memudahkan murid menulis dan memadamkan tulisan yang ditulis menggunakan pen penanda dan boleh dilakukan berulang-ulang kali. Pihak Kelas PERMATA mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan oleh Unit LINUS dan kami akan menggunakan sebaik mungkin dalam menimbulkan keseronokan di dalam PnP di Kelas PERMATA. Terima Kasih.
Papan Putih Mini

23 JULAI 2011 - PROGRAM MOTIVASI & PENYEBARAN MAKLUMAT (PROGRAM LINUS)

Bertempat di Dewan Cemerlang SK (A) Bukit Kemandol, satu program telah dijalankan bagi menyebarkan maklumat berkenaan Program LINUS di kalangan ibu bapa. Program yang dianjurkan Unit Kurikulum ini telah menjemput FasiLINUS Pejabat Pelajaran Daerah Klang yang terdiri dari En. Sulhisyam, En. Fathnaim dan En. Mohd Kashfi bagi menyampaikan taklimat berkenaan perjalanan Program LINUS dan kepentingannya terhadap proses pembelajaran murid-murid di SK(A) Bukit Kemandol. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan meningkatkan motivasi ibu bapa akan kepentingan pendidikan anak-anak terutamanya semasa anak-anak berada di tahun 1 dan 2. Kemuncak program ini adalah penyampaian sumbangan berupa beg sekolah terhadap 13 orang murid yang telah melepasi Saringan LINUS Literasi dan Numerasi oleh Unit LINUS PPD Klang. Terima kasih diucapkan kepada Unit LINUS PPD Klang di atas kesudian datang memberikan taklimat yang amat berguna kepada ibu bapa akan kepentingan Program LINUS. Sekalung penghargaan kepada Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Noraini di atas keperihatinan beliau di dalam pelaksanaan Program LINUS ini.

Sunday 24 July 2011

25 Julai - 01 Ogos 2011 - Saringan Bertulis Literasi & Numerasi

Adik Natasha Chemol mendengar soalan yang diberikan guru

Adik Norrin Nordin menjawab soalan dengan teliti

Adik Grinath memastikan soalan dijawab dengan betul

Adik Denny Wan Zamri menjawab dengan yakin soalan yang diberikan
Bermula 25 Julai 2011 sehingga 01 Ogos 2011, Saringan bertulis bagi Literasi dan Numerasi dijalankan bagi melihat pencapaian murid terhadap Program LINUS. Saringan ini melibatkan murid Tahun 1 (Saringan 2) dan juga murid Tahun 2 (Saringan 5). Kertas soalan telah disediakan oleh pihak PPD Klang dan akan dijalankan oleh Guru Literasi dan Numerasi bersama-sama Guru pemulihan Khas di sekolah masing-masing.