Bertempat di Dewan Cemerlang SK (A) Bukit Kemandol, satu program telah dijalankan bagi menyebarkan maklumat berkenaan Program LINUS di kalangan ibu bapa. Program yang dianjurkan Unit Kurikulum ini telah menjemput FasiLINUS Pejabat Pelajaran Daerah Klang yang terdiri dari En. Sulhisyam, En. Fathnaim dan En. Mohd Kashfi bagi menyampaikan taklimat berkenaan perjalanan Program LINUS dan kepentingannya terhadap proses pembelajaran murid-murid di SK(A) Bukit Kemandol. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan meningkatkan motivasi ibu bapa akan kepentingan pendidikan anak-anak terutamanya semasa anak-anak berada di tahun 1 dan 2. Kemuncak program ini adalah penyampaian sumbangan berupa beg sekolah terhadap 13 orang murid yang telah melepasi Saringan LINUS Literasi dan Numerasi oleh Unit LINUS PPD Klang. Terima kasih diucapkan kepada Unit LINUS PPD Klang di atas kesudian datang memberikan taklimat yang amat berguna kepada ibu bapa akan kepentingan Program LINUS. Sekalung penghargaan kepada Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Noraini di atas keperihatinan beliau di dalam pelaksanaan Program LINUS ini.
Permata SK (A) Bukit Kemandol adalah nama yang diberikan kepada Kelas Pemulihan Khas yang dkendalikan oleh Cikgu Mohd Kamil & Cikgu WM Zulhelmi. Kelas Permata ini menempatkan murid Pemulihan Khas Tahun 1, 2 & 3 bertujuan meningkatkan tahap celik kemahiran 3 M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira dan Asas Literasi serta Numerasi bagi Program LINUS. Selamat Datang kami ucapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment