Permata SK (A) Bukit Kemandol adalah nama yang diberikan kepada Kelas Pemulihan Khas yang dkendalikan oleh Cikgu Mohd Kamil & Cikgu WM Zulhelmi. Kelas Permata ini menempatkan murid Pemulihan Khas Tahun 1, 2 & 3 bertujuan meningkatkan tahap celik kemahiran 3 M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira dan Asas Literasi serta Numerasi bagi Program LINUS. Selamat Datang kami ucapkan.
Bersempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba disertai sambutan Hari Raya yang berkongsi tarikh, Kelas Pemulihan PERMATA telah menjalankan sesi PnP dengan membina dan mewarnakan poster SALAM MERDEKA RAYA bagi murid Tahun 1, 2 dan 3. Penggunaan medium blok-blok huruf dan gambar-gambar seperti Jalur Gemilang, kanak-kanak memakai baju raya, ketupat dan masjid dijadikan bahan bagi membina poster. Daya kreativiti murid diaplikasikan bagi menyusun atur poster yang dibuat. Poster yang paling menarik akan dihias di pintu utama kelas. Tahniah kepada murid-murid yang dapat menghasilkan poster yang terbaik. Di kesempatan ini juga, Kelas Pemulihan PERMATA mengucapkan Salam Merdeka Raya 2011!
Saringan 2 (Tahun 1) dan Saringan 5 (Tahun 2) baru sahaja berakhir dan dapatan data menunjukkan beberapa perubahan yang memberangsangkan terutamanya bagi murid Tahun 1. Berikut merupakan carta yang menunjukkan pencapaian murid terhadap saringan yang telah dijalankan baru-baru ini.