Friday, 25 November 2011

24 NOVEMBER 2011 - SUMBANGAN ANAK PATUNG OLEH GPK HEM

Menceriakan lagi Kelas Pemulihan PERMATA, Pn. Natasha Hj Mohamed selaku GPK HEM telah menyumbangkan empat buah anak patung - teddy bear,elmo, spongebob dan chicken little. Sumbangan ini antara lain dapat menarik minat murid dalam pembelajaran di mana guru boleh menggunakan bahan tersebut sebagai boneka semasa sesi pengajaran. Pada masa yang sama juga, murid-murid dapat membina daya imaginasi semasa bermainan dengan anak patung yang ada. Terima kasih diucapkan,diharapkan dapat meningkat lagi keseronokan pembelajaran dan pengajaran di kelas ini nanti.
Dari kiri, beruang teddy, Spongebob, Elmo dan Chicken Little
Bersedia untuk belajar bersama kawan-kawan

Kecil-kecil cili api,yang pasti,belajar mesti menjadi

24 NOVEMBER 2011 - CUTI-CUTI DI PERMATA

Sempena cuti sekolah yang telah tiba, Guru Pemulihan Permata telah menganjurkan program jalan-jalan bersama kawan-kawan yang melibatkan murid-murid Permata yang berkemampuan. Kali ini, murid dibawa ke pusat rekreasi air, Wet World Shah Alam yang terletak di Taman Tasik Shah Alam. Bersama Cikgu Yusri dan keluarga, empat orang murid yang turut serta adalah Adik Roosen, Adik Sukri, Adik Amrey dan Adik Junzainuddin. Selama dua jam murid menikmati keriangan bermain air, selepas itu murid dibawa melihat ikan di Akuarium yang terletak di sebelah Wet World. Murid menikmati makan tengah hari di Taman Tasik Shah Alam dengan hidangan mi goreng dan air goreng sebelum pulang. Pada masa yang sama, murid diberi buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Apakah aktiviti seterusnya nanti? Tunggu..kami ada untuk murid-murid Permata pada masa akan datang..
Dari kiri - Adik Roosen, Adik Sukri, Adik Amrey dan Adik Junzainuddin
Murid-murid bergambar di hadapan Pusat Rekreasi Air Wet World Shah Alam
Macam-macam gaya ada, murid berada di Akuarium

Tuesday, 22 November 2011

18 NOVEMBER 2011 - PENERIMAAN KIT PEMBELAJARAN & PENGAJARAN LINUS

Bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) program LINUS, pihak PPD Klang telah menyerahkan dua kit P&P bagi pengajaran numerasi dan literasi kepada sekolah-sekolah rendah daerah Klang termasuklah SK (A) Bukit Kemandol. Kit P&P bagi numerasi mengandungi kad-kad nombor serta blok magnetik dan carta angka/bilangan 1-10. Manakala kit P&P bagi literasi pula mengandungi kad abjad, blok magnetik dan puzzle abjad beserta carta tubuh badan manusia. Pihak sekolah dan pengurusan Kelas Pemulihan Permata di bawah Program LINUS - Pemulihan Khas mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan kit P&P ini dan diharap dapat meningkatkan mutu P&P serta tahap kefahaman murid di masa akan datang. 

Kit P&P Linus Literasi & numerasi
Bahan-bahan yang terkandung di dalam kit P&P LINUS
Puzzle abjad
Kad huruf dan angka, blok magnetik antara bahan yang terkandung di dalam kit P&P
Papan putih magnetik turut diberikan

Saturday, 19 November 2011

19 NOV 2011 - GANJARAN KEPADA YANG BERJAYA YANG LAIN TURUT MERASA

Seperti yang dijanjikan kepada yang berjaya melepasi ujian pelepasan yang lalu, pada hari ini, murid-murid telah dibawa mandi ke kolam renang di Apartment Perdana Villa. Walaupun seorang sahaja murid yang melepasi dengan cemerlang (Adik Azin b. Daud), tetapi dia mendapat imuniti membawa 4 orang lagi rakan yang lain iaitu Junzainuddin, Amrey, Sukri dan Roosen.  Jam 1100pg,murid diberi peluang mandi di kolam kanak-kanak yang terdapat air pancuran dan gelongsor selama satu jam. Kemudian, guru membawa murid menikmati hidangan makan tengah hari di KFC Taman Sentosa. Sebaik makan, murid di bawa bersiar-siar sekitar Shah Alam dan berhenti rehat di Taman Tasik Shah Alam, pada masa yang sama, murid dapat bermain bermainan di taman permainan yang terdapat di situ. Sebelum kembali untuk mandi di kolam renang, murid membeli buah tangan untuk di bawa pulang di pasar raya berdekatan. Kali kedua murid mandi di kolam,mereka menghabiskan masa satu jam ,kemudian pada jam 430ptg,barulah mereka di bawa pulang. Di harap, dengan ganjaran dan penghargaan yang diberikan oleh guru ini sekurangnya dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada murid untuk belajar dengan lebih baik di masa akan datang. 
Adik Sukri, Azin, Junzainuddin, Amrey dan Roosen berada di puncak gelonsoran

Seronok menuruni gelongsor air
Riang gembira di dalam kolam
Setelah penat berenang, murid di jamu dengan hidangan makan KFC
Aksi-aksi lapar perut semuanya..ada yang minta nasi..
Murid menikmati jeli di Taman Tasik Shah Alam
Bertolak pulang setelah penat seharian berjalan....

Friday, 18 November 2011

17 NOV 2011 - TOKOH 'ZERO TO HERO' MURID PERMATA PADA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2011

Penilaian murid pemulihan khas adalah berdasarkan ujian pelepasan yang diadakan tiga kali dalam setahun iaitu dalam bulan Jan, Jun dan Oktober. Berdasarkan prestasi yang berterusan dan berkekalan, Adik Azin b Daud sekali lagi dipilih sebagai penerima anugerah 'Zero to Hero' semasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2011. Anugerah ini antara lain mengiktiraf pencapaian murid pemulihan khas yang lulus cemerlang di dalam Ujian Pelepasan pada bulan Oktober yang lalu. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan dan kecemerlangan Adik Azin dan kawan-kawan yang lain berkekalan.
Adik Azin menerima cenderama daripada En. Noriffin, Pegawai PPD Klang diiringi Tn. Guru Besar

KEPUTUSAN SARINGAN LINUS & UJIAN PELEPASAN PEMULIHAN KHAS OKTOBER 2011

18 November 2011 merupakan tarikh akhir pengisian data LINUS ke portal NKRA-LINUS bagi Saringan 6 (Tahun 2) dan Saringan 3 (Tahun 1). Manakala pada 31 Dis 2011 yang lalu, data lengkap pemulihan khas tahun 3 telah dihantar ke JPN Selangor dan PPD Klang. Berikut adalah analisa pencapaian murid bagi program LINUS dan Pemulihan Khas bagi sesi berakhir Oktober 2011.

TAHUN LITERASI NUMERASI
PERDANA LINUS TEGAR PERDANA LINUS TEGAR
TAHUN 1 9 7 7 8 13 2
TAHUN 2 5 7 1 9 4 0

PENCAPAIAN MURID PROGRAM LINUS

KOHOT 1 (TAHUN 2/2011) - LITERASI
KOHOT 1 (TAHUN 2/2011) - NUMERASI
KOHOT 2 (TAHUN 1/2011) - LITERASI

KOHOT 2 (TAHUN1/20110 - NUMERASI

PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHUN 3

KELAS IPP2M -BAHASA MELAYU IMA2 MODE 3 -MATEMATIK
LULUS GAGAL LULUS GAGAL
TAHUN 3 4 8 1 11