Tuesday, 20 November 2012

KELAS TAMBAHAN LINUS CUTI AKHIR TAHUN

Cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan tahun 2012 telah bermula. Namun begitu, pihak sekolah tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap pendidikan murid-murid terutamanya murid tahun 1,2 dan 3 yang belum menguasai literasi dan numerasi. Sehubungan dengan itu, suatu kelas tambahan dijalankan selama tiga minggu bermula 12 November selama empat hari seminggu. Jadual bertugas guru dan lembaran kerja telah disediakan bagi memudahkan perjalanan kelas. Tiga kumpulan murid dipecahkan mengikut tahap dan  diajar oleh tiga orang guru secara berasingan. Harapan pihak sekolah, dengan adanya kelas tambahan ini, sekurang-kurangnya membantu murid-murid agar terus bersemangat untuk belajar dan tidak mengabaikan pelajaran yang telah dipelajari sepanjang tahun. Pihak sekolah terus menyokong atas segala usaha pentadbir dan guru-guru demi faedah dan kebaikan bersama. Katakan 'Tak nak LINUS!'
Murid Kelas A - perkataan KV+KV+KV dan asas nombor

Murid Kelas B - suku kata KV+KV dan operasi asas

Murid Kelas C - mengenal abjad dan operasi asas

Saturday, 1 September 2012

MERDEKA DI PERMATA!

Sambutan bulan kemerdekaan berlangsung sepanjang bulan Ogos di seluruh negara. Di kesempatan yang ada, pengajarann dan pembelajaran berkaitan tentang erti kemerdekaan turut diselitkan terhadap murid-murid di kelas Pemulihan Permata. Murid - murid diberi penerangan tentang konteks kemerdekaan yang membawa maksud bebas, tiada peperangan, hidup aman dan lain-lain perkataan mudah yang membuatkan mereka faham. Untuk itu, P&P  bahasa Melayu adalah mempelajari huruf 'b' untuk perkataan bendera, bulan,bintang, belang (jalur) dan juga biru (warna). Manakala P&P Matematik berkisar tentang bilangan objek yang terdapat pada Jalur Gemilang. Diharapkan, penerapan nilai-nilai kemerdekaan kepada murid-murid ini memberi satu semangat cintakan negara secara berterusan dan berkekalan.



Friday, 24 August 2012

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI DI PERMATA SKBK

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2012, sesi PnP juga menyelitkan sesi sambutan Hari Raya. Antara aktiviti dijalankan adalah membina poster ucapan Selamat Hari Raya yang dilakukan sendiri oleh murid-murid Permata, pada masa yang sama lagu-lagu Hari Raya diperdengarkan. Di kesempatan ini, Kelas Pemulihan Permata SKBK mengucapkan Selamat Hari Raya, raikan dengan keriangan dan penuh kesyukuran.






Sunday, 1 July 2012

01 JULAI 2012 - Ceria di Permata

Ceria, merupakan salah satu kriteria yang perlu diterapkan di dalam suasana di Kelas Pemulihan Permata. Bagi meningkatkan keceriaan kelas, Cikgu Mohd Kamil bersama rakanya, Mohd Amei telah bersama-sama menghias kelas dengan menampal abjad dan nombor pada dinding hadapan dan sudut yang masih ada kekosongan. Terima kasih diucapkan kepada Mohd Amei yang membantu dalam menceriakan Kelas Pemulihan Permata ini.


Mohd Amei membantu menampal abjad pada dinding kelas

Abjad dan lukisan 3D menghias dinding hadapan kelas

Sudut aktiviti matematik

Wednesday, 27 June 2012

PENERIMAAN MODUL LINUS KALI KE-2

Pihak sekolah amat berbesar hati di atas usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang membekalkan modul Linus yang akan digunakan bagi pelaksanaan Program Linus di seluruh sekolah rendah di Malaysia. Sehubungan dengan itu, sejumlah modul untuk murid tahun 1,2 dan 3 telah diterima oleh pihak sekolah dan telah diedarkan oleh Guru Pemulihan Khas di Kelas Pemulihan Permata. Guru-guru Tahun 1,2 dan 3 yang terlibat dengan Program Linus turut menerima modul bagi kegunaan semasa P&P. Adalah diharapkan, dengan adanya modul ini,dapat membantu guru-guru di dalam meningkatkan penggunaan bahan di dalam P&P seharian. Terima kasih diucapkan.



Wednesday, 30 May 2012

25 Mei 2012 - Anugerah Zero to Hero di Majlis Perasmian Guru Penyayang

Sempena Majlis Perasmian Guru Penyayang peringkat sekolah yang lalu, turut diselitkan adalah Anugerah Zero to Hero kepada murid Linus yang mencapai keputusan yang memberangsangkan di dalam Saringan Khas yang di adakan baru-baru ini. Seramai lima orang murid terpilih iaitu 2 orang murid dari Tahun 3 (Adik Natasha bt. Chemol dan Adik Zaidi) manakala 3 orang murid Tahun 2 iaitu Adik Denny b. Derang, Adik Norhassikin bt Hassan dan Adik Adafie Indra b. Pik. Tahniah diucapkan. Apa yang paling membanggakan adalah, keupayaan Adik Natasha bt Chemol iaitu salah seorang murid Linus Tegar telah mencapai satu aras akademik yang memuaskan. Semoga usaha membantu murid Linus ini akan berterusan sehingga mencapai tahap yang benar-benar membanggakan. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat, semoga usaha kita mendapat berkat.

Tn Hj. Isa diiringi En. Shahrezal menyampaikan cenderamata kepada Adik Nurhassikin

Adik Denny, murid Tahun 2 turut terpilih

Adik Adafie Indra, murid tahun 2

Adik Natasha, murid tahun 3

Adik Zaidi, murid Tahun 3

Friday, 6 April 2012

05 APRIL 2012 - PENCERAPAN SARINGAN 7 KOHOT 1 LINUS

Bertempat di kelas Tahun 3, seramai 12 orang murid telah menjalani Saringan Bertulis bagi Literasi dan Numerasi bagi kali ke 7. Saringan kali ini dicerap dan dipantau bersama pegawai fasilinus dari PPD Klang, En. Fathmain bersama seorang pegawai khas. Saringan pada kali ini berkonsep peperiksaan di mana murid menjawab berdasarkan bacaan mereka sendiri manakala guru hanya membantu dari segi pemahaman. Berikut sekitar pemantauan dan pencerapan saringan yang berlangsung.




 

Saturday, 24 March 2012

18 FEB 2012 - LINUS PLUS BERMULA..

LINUS PLUS adalah Program Kelas Tambahan untuk murid Tahun 1 yang belum menguasai asas Literasi dan dikategorikan sebagai murid Linus Tegar. Berbeza dengan kelas tambahan biasa, Linus Plus merupakan kelas tambahan yang menghimpunkan murid bersama ibu bapa di dalam satu kelas bersama guru semasa P&P. Tujuan utama pembelajaran bersama ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa terhadap tahap pelajaran anak mereka disamping membantu menjalankan aktiviti selepas pengajaran. Kelas tambahan ini dijalankan setiap hari Sabtu setiap minggu. Kehadiran murid pada minggu pertama amat menggalakkan.Di harap dengan usaha tambahan ini dapat membantu murid meningkatkan penguasaan asas Literasi di masa akan datang. InsyaAllah.







Wednesday, 25 January 2012

17 JAN 2012 - PEMANTAUAN PERJALANAN PROGRAM LINUS 1/2012

Bagi memantapkan perjalanan program Linus yang sedang berjalan, pihak PPD Klang telah menjalankan pemantauan berkala melalui dua orang pegawai khas Linus atau Fasilinus. Dua pegawai berkenaan adalah Pn. Siti dan juga En. Fathmain yang melihat pengurusan fail, perjalanan P&P, maklumat semasa berkenaan perjalanan program linus di sekolah serta perbincangan berkenaan dapatan yang diperolehi. Pihak sekolah mengalu-alukan sebarang maklumbalas bagi penambahbaikan prgram LINUS di sekolah ini.




SELAMAT DATANG CIKGU WM ZULHILMI

Membuka tirai tahun 2012, pihak sekolah menerima seorang guru pemulihan baru iaitu Cikgu Wan Mohamad Zulhilmi. Mempunyai pengalaman selama 2 tahun di SK Bukit Rimau, Cikgu Wan Mohamad Zulhilmi juga seorang guru dari opsyen Pemulihan Khas. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPD Klang di atas penambahan guru baru bagi membantu meningkatkan akademik terutamanya bagi Program LINUS. Selamat bertugas cikgu!
Cikgu WM Zulhilmi

Perpindahan meninggalkan 1001 kenangan....