Kem Serlah Bacaan Program Pemulihan Khas Daerah Klang telah di adakan dengan jayanya di SK (A) Bukit Kemandol pada 02 hingga 04 April 2014. Seramai 12 orang fasilator Pemulihan Khas dari Panitia Pemulihan Khas Daerah Klang termasuk dua orang guru pemulihan di sekolah ini telah menjalankan pelbagai aktiviti P&P yang berkesan dalam membantu murid-murid pemulihan untuk menguasai bacaan. Penyelaras program Pemulihan Khas dan Linus sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada PPD Klang kerana berbesar hati mengadakan kem seperti ini dan diharapkan usaha-usaha seperti ini terus di adakan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih kami ucapkan.
Ucapan perasmian oleh Pn. Hajah Siti Hajar |